Penipuan Online Dalam Iklan Barangan Yang Meragukan

penipuan online trading

Satu persoalan yang bermain di fikiran saya ialah bagaimana sebuah syarikat yang besar seperti Lazada tidak mengambil langkah-langkah perlu untuk menyekat sebarang bentuk penipuan online melalui iklan yang hebat memikat hati pembeli tetapi akhirnya pembeli mendapat barangan yang tidak sepertimana yang diiklankan.

Mari kita lihat contoh dibawah mengenai sebuah iklan dari Taobao Collection yang menggunakan platform jualan Lazada.com.my.


Penipuan Online Dalam Iklan Barangan Yang Meragukan

Jelas sekali butiran iklan adalah 4-layer Floor Stainless Steel Storage Rack. Dari apa yang digambarkan oleh imej iklan, kita akan dapati ianya memang sebuah rack pelbagai guna dengan tanda harga RM9.50 dan dikenakan kos penghantaran sebanyak RM7.99. Barangan akan dihantar dari luar negeri – Ships From Overseas.

penipuan online trading

Iklan Barangan Yang Menipu Pembeli

Rasanya semua pembeli tidak kisah akan tempoh masa penghantaran kerana pembeli memang sedia maklum jika barangannya murah sudah tentu ia akan dihantar secara terus dari negara pengeluar iaitu China.

Saya ternampak iklan tersebut dan tertarik dengan tawaran yang diberikan namun kebiasaannya saya akan membaca sedikit Review dari mereka yang telah membeli. Hasilnya amat memeranjatkan saya. Komen negatif terlalu banyak berkenaan pihak penjual. Imej dibawah menunjukkan Rating yang diberikan oleh pembeli.

tips mengenali penipuan online

Penilaian dan Rating Pembeli

Rating yang berikan oleh pembeli amat buruk sekali. Boleh dikatakan semua yang membeli tidak berpuashati dengan produk yang diterima. Ikuti rentetan aduan pembeli berkenaan produk tersebut dibawah.


mengesan penipuan online

Antara Komen Negatif Pembeli

Adakah Lazada hanya mendiamkan diri apabila melihat keadaan yang sebegitu. Terdapat komen dari pembeli yang menyarankan “Lazada should remove this vendor totally. Ordered a rack, but only receive a S hook.

Komen di atas telah dibuat sebulan yang lalu tetapi pada hari ini saya masih lagi melihat iklan tersebut. Adakah ini bermakna Lazada tidak mempertimbangkan saranan pembeli untuk mengeluarkan iklan tersebut? Ini akan menyebabkan Lazada hilang kredibiliti tidak lama lagi. Diharap pihak Lazada pantas bertindak.

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *