Penipuan Online Melalui BillMoney Club

billmoney scam unable to withdraw money

Pernah anda terdengar mengenai laman web majalah.com? Laman web tersebut amat popular kerana terdapat banyak maklumat mengenai peluang-peluang perniagan dan peluang-peluang pekerjaan. Akan tetapi ada juga scammers didalam sana. Perlu diingatkan agar anda tidak mudah tertipu dengan ayat-ayat manis yang disusun rapi. Kita ambil contoh kes ini.

scam iklan kerja

Scam Iklan Kerja

Kisahnya…


Baru-baru ini sewaktu melayari laman web majalah.com, ternampak pula sebuah iklan berkenaan Penyelia Website. Secara kasar, tajuk iklan nampak menarik dan rasa tergerak hati ini cuba berkomunikasi dengan pihak yang mengiklankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kerja tersebut.

scam iklan kerja billmoney

scam iklan kerja billmoney

Kerja sambilan ini boleh dilakukan di rumah tetapi disyaratkan untuk hadir ke pejabat seminggu 1 kali. Wah! Ini satu peluang yang baik dan nampak lebih fleksibel masa kerjanya. Amat sesuai untuk surirumah, pelajar kolej dan juga kepada sesiapa yang masih menganggur.

“Mangsa” memaklumkan bahawa resume telah dihantar ke alamat email yang diberikan oleh scammer. Sebenarnya tiada satu email pun yang dihantar oleh mangsa kepada scammer. Scammer membalas mesej Whatsapp dengan menyatakan pihak Human Resource akan menghubungi mangsa sekiranya berjaya.

Seterusnya mangsa mengikuti arahan yang tertera pada mesej Whatsapp untuk pergi ke link yang diberikan. Link yang diberikan adalah shortened URL yang terkandung userid scammer dalam sistem BillMoney.com. Berikut adalah skrin pendaftaran BillMoney.

BillMoney Satu Penipuan Online

 

billmoney scam registrationSelepas mendaftar, tiada verification email yang dihantar ke kotak inbox mangsa. Agak pelik bilamana tiada verifikasi diperlukan. Ini bermakna seseorang boleh menggunakan alamat email orang lain untuk tujuan pendaftaran.

 

billmoney scam view adsDalam imej di atas, proses “Viewing Adwertisiment” pun berlangsung. Setiap kali button CONTINUE diklik selepas memasukkan nombor yang tertera, jumlah “Earned” akan bertambah.


Perhatikan pada perkataan Advertisement yang dieja sebagai Adwertisiment. Amat pelik untuk sebuah sistem bertaraf antarabangsa melakukan kesalahan sebegitu rupa. Tidak pasti samada ini disengajakan ataupun tidak.

billmoney scam view adsSetelah melakukan 4 kemasukan nombor, jumlah Earned mula bertambah dengan 1 sen setiap klik.

billmoney scam rotated adsUntuk pengetahuan anda, setiap kali button CONTINUE diklik, paparan iklan juga akan berubah.

billmoney scam withdraw my moneyMangsa cuba untuk mengeluarkan duit sebanyak 8 sen tersebut, namun dihalang oleh sistem. Mangsa memang mengetahui akan syarat jumlah minima untuk mengeluarkan duit tetapi beliau sengaja ingin menguji sistem tersebut.

billmoney scam unable to withdraw moneySistem juga menyarankan untuk mempercepatkan jumlah pendapatan kepada minima USD150, lakukan referral kepada bakal-bakal mangsa yang lain. Mangsa akan menerima separuh dari pendapatan downline mereka. Oleh kerana itulah scammer menjadi teralu teruja untuk melakukan referrals.

Mangsa melakukan carian di internet berkaitan BillMoney dan sememangnya telah ada seseorang yang melakukan review mengenai laman web scam tersebut. Dalam review tersebut, sesiapa yang telah berjaya mendapatkan USD150 tidak mungkin dapat mengeluarkan wang tersebut kerana jumlah pendapatan yang ditunjukkan adalah nombor sahaja. Akaun anda akan dikunci sebaik sahaja pendatapan mencecah USD150. Memang memenatkan kerana beliau telah melakukan klik sebanyak 15,000 kali (sekiranya ganjaran 1 sen setiap klik).

billmoney scam reviewed

BillMoney Scam Review

Kesimpulan Penipuan BillMoney

Lakukan sedikit kajian mengenai sesebuah program berkaitan pendapatan melalui internet. Mangsa mengambil langkah yang sepatutnya dengan melakukan carian di internet berkaitan BillMoney. Teliti setiap butiran yang diminta seperti email, alamat rumah (jika diminta), nombor kad kredit (jika diminta) dan nombor telefon (jika diminta). Adakah butiran yang diminta benar-benar diperlukan? Bagi pihak scammers pula dalam kes yang berlaku di majalah.com ini, kemungkinan beliau tidak menyedari bahawa beliau telah menjalankan aktiviti scam. Mungkin beliau teruja untuk mengeluarkan duit pendapatan yang telah mencecah USD150 dan terpaksa mencari downline seramai 40 orang sebelum dapat mengeluarkan wang tersebut. Mujur mangsa adalah seorang lulusan Sains Komputer yang dapat menghidu lebih awal tentang kegiatan BillMoney ini. So, hati-hati bro.

 

 

 

 

 

 

 

 

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *