Perlaksanaan Kad ATM PIN 6-Digit

kad atm pin 6-digit

Suasana di Maybank pada ketika ini agak meriah dengan kehadiran ramai pelanggan yang ingin menukar kad ATM sepertimana yang diarahkan oleh pihak bank. Bukan hanya Maybank bahkan bank-bank lain juga terlibat sama.


kad atm pin 6-digit

Perlaksanaan kad ATM PIN 6-Digit yang bercirikan PIN (Personal Identification Number atau Nombor Pengenalan Peribadi) dapat mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan kad. Ia merupakan kod rahsia 6-digit yang dipilih oleh pengguna kad sebagai bukti pengesahan bahawa pengguna adalah pemilik kad yang sebenar. Namun begitu, untuk transaksi pembayaran tanpa sentuh dengan Visa payWave dan MasterCard contactless yang berjumlah RM250 dan ke bawah, PIN atau tandatangan tidak diperlukan.
Jika ada sebarang unsur penipuan di mana kad anda digunakan untuk transaksi dibawah RM250, anda tidak akan dipertanggungjawabkan. Anda dikehendaki memaklumkan kepada pihak bank dengan serta-merta sebaik sahaja anda mengetahui perkara tersebut.
Saya percaya pihak bank mempunyai sebuah sistem yang memantau kekerapan transaksi pada waktu dan tempat yang tertentu. Adalah amat mencurigakan jika berlaku beberapa transaksi dibawah RM250 ditempat yang sama. Ataupun jika berlaku transaksi di tempat berlainan yang jarang-jarang sekali dikunjungi oleh pemegang kad yang sebenar. Saya juga percaya pihak bank juga telah membuat kajian terperinci dari segi peratusan untuk kejadian ini berlaku dan mereka telah bersedia untuk menampung kerugian sekiranya ia berlaku. Jika bank rugi RM10K tetapi keuntungan bank adalah RM100K hasil dari penggunaan kad, sudah tentulah bank berani menyerap kerugian 10% tersebut.

Pertukaran kad adalah percuma. Sudah tentu percuma kerana bank sendiri yang meminta pelanggan menukar kad mereka.

Bermula 2017, semua transaksi di terminal akan menggunakan PIN. Untuk penggunaan online, tiada PIN diperlukan. Sekiranya anda berada di luar negara, kemungkinan tandatangan masih diperlukan kerana tidak semua terminal mempunyai kemudahan PIN.


Ramai juga yang bimbang sekiranya alat pembaca tanpa sentuh membaca kad mereka apabila melalui kaunter juruwang. Tidak perlu bimbang kerana kad mesti berada dalam jarak 4cm antara kad dan pembaca tanpa sentuh.

Untuk memudahkan pelanggan, sistem menggunakan PIN yang sama untuk urusan di mesin ATM dan di terminal penjual.

Perlaksanaan Kad ATM PIN 6-Digit
Ada 3 cara untuk menukar kad ATM lama anda kepada Kad ATM PIN 6-Digit iaitu :
1) Anda terus berurusan di kaunter bank dengan membawa kad pengenalan dan kad ATM yang lama. Tetapi pada bulan Disember 2016 ini terlalu ramai yang ingin menukar kad ATM mereka dan masa menunggu amat lama sekitar 2-3 jam.

2) Cara yang lebih mudah ialah menggunakan sistem online banking Maybank2u. Login ke sistem dan ikuti langkah berikut :

  • Klik Card Management
  • Klik ATM/Debit Card
  • Sahkan alamat anda
  • Ikuti langkah seterusnya di skrin.

Pihak bank akan menghantar kad yang baru kepada anda dalam masa 21 hari bekerja.

3) Penukaran kad ATM melalui mesin penukaran kad. Cara ini yang paling mengujakan tetapi anda perlu mengetahui cawangan manakah yang mempunyai mesin menukar kad ATM. Mungkin harga sebuah mesin amat mahal dan kerana itulah hanya cawangan yang tertentu sahaja yang mempunyai kemudahan ini. Kebiasaannya mesin akan diletakkan di cawangan-cawangan mempunyai pelanggan yang ramai. Dengan mesin penukaran kad ATM ini, masa yang diperlukan hanyalah sekitar 10 minit sahaja. Ini dari pengalaman saya yang sebenar.
Anda dinasihatkan menghubungi pihak bank di talian 1-300 88 6688 atau 603-7844 3696 (panggilan dari luar negara) untuk mengetahui senarai terkini cawangan-cawangan yang mempunyai kemudahan mesin menukar kad ATM.

Adalah menjadi harapan semua, dengan kemunculan kad ATM PIN 6-digit mampu mengurangkan atau menghapuskan terus kes-kes penipuan transaksi. Ramai di antara pelanggan yang kehilangan dompet dan ini memudahkan pencuri menggunakan kad ATM anda selama mana anda tidak menyedari akan kehilangan dompet tersebut. Kad tersebut boleh digunakan untuk membeli petrol/diesel di stesen-stesen minyak. Akan tetapi dengan pelaksanaan kad ATM PIN 6-digit, aktiviti seumpama itu dapat dihapuskan.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *