Pusat Internet 1 Malaysia

pusat internet 1 malaysia

Apakah yang dimaksudkan dengan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M)?
Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) adalah satu program di bawah Bajet 2013 di mana pihak SKMM bertindak menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar secara bersepadu di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terpilih terutamanya di bandar-bandar besar di seluruh negara. Pembiayaan program ini adalah sumber dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) selama 3 tahun.


Objektif Mewujudkan Pusat Internet 1 Malaysia

  • Meningkatkan kegiatan sosio ekonomi penduduk berpendapatan rendah
  • PEnubuhan 100 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar
  • Kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar
  • Pelaksanaan di bandar-bandar besar terpilih di seluruh Negara dalam tahun 2013-2015
  • Pelaksanaan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dengan peruntukan RM150 juta

Pusat Internet 1 Malaysia mula dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2013. Individu boleh memohon Pusat Internet 1 Malaysia, namun pemberian hak adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan. Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan PI1M adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).
pusat internet 1 malaysia
Terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Internet 1 Malaysia iaitu pihak pembida hendaklah merupakan :

  • pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I))
  • Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan
  • Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.

Anda tentu ingin tahu apakah persoalan-persoalan lain yang untuk merealisasikan impian mewujudkan Pusat Internet 1 Malaysia.

Soalan : Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?
Jawapan : Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

Soalan : Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M)?
Jawapan : Penggunaan PI1M adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Soalan : Dimana PI1M terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli?
Jawapan : Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada senarai Pusat Internet 1Malaysia yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/USP_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan.

Soalan : Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?
Jawapan : Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI1M bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Soalan : Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?
Jawapan : Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.


Soalan : Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?
Jawapan : Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PI1M yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Soalan : Apakah perbezaan di antara Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dengan cybercafe sediada?
Jawapan : Setiap penggunaan komputer PI1M adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.

Soalan : Saya berminat untuk memohon jawatan pengurus atau penolong pengurus Program Pusat Internet 1 Malaysia. Adakah permohonan untuk jawatan ini sudah di buka dan bagaimanakah cara untuk memohon.
Jawapan : Sebarang permohonan jawatan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus akan diiklankan dari masa ke semasa di lokasi Pusat Internet 1Malaysia, Pejabat Daerah dan juga Pejabat Wilayah SKMM.

Bagaimana SKMM boleh dihubungi?
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Program Pusat Internet 1Malaysia
Tel : +603 8688 8000
Fax : +603 8688 1000
Email : ccd@cmc.gov.my
Laman Web : www.skmm.gov.my

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *