Saiz Sebenar Hard Disk

external hard disk

Zaman telah banyak berubah. Jika dulu personal komputer (PC) hanya mempunyai 40Mb saiz hard disk tetapi kini jumlah telah berlipat kali ganda. Setakat sebuah PC atau laptop yang biasa-biasa pun paling kurang mempunyai saiz hard disk 500Gb. Ala apa la sangat bezanya antara 40 dan 500. Beza memang berbeza, ibarat ukuran 400m dengan 500Km. Mungkin kalau aku sebut perbandingan meter dan kilometer, ramai yang mudah faham.


Dibawah ni adalah rupa bentuk sebuah external hard disk. Berkapasiti 500 Gb buatan China tapi original Hitachi. Jangan takut la, setakat yang aku tahu takde hard disk palsu. Hitachi memang terkenal dengan pembuatan hard disk, jadi sudah tentu aku terpikat dengan Hitachi hard disk. Saja je nak tumpang glamer Hitachi.

external hard diskManakala dibawah ini pula saiz yang ditunjukkan oleh komputer. Mengapa komputer mengatakan external hard disk Hitachi aku hanya 465 Gigabytes sedangkan label pada hard disk menunjukkan saiz 500Gb. Mana perginya 35 Gigabytes. Banyak tu yang hilang, hati mula rasa bengang sebengang-bengangnya.

saiz hard diskBaiklah, aku terangkan serba ringkas mengenai saiz sebenar hard disk.

Saiz Sebenar Hard Disk

Pada pengiraan pihak pengeluar hard disk, mereka mengandaikan 1 Kb = 1000 byte, 1 Mb = 1000 Kb, 1Gb = 1000 Mb. Maka untuk 500Gb ianya adalah bersamaan dengan 500 X 1000 X 1000 X 1000 byte = 500,000,000,000 byte.

Pada pengiraan kompter pula, ukuran terkecil ruang simpanan komputer ialah 1 byte. Manakala 1024 byte mewakili 1 Kilobyte. Dan 1024 Kb bersamaan 1 megabyte. Selanjutnya 1 gigabyte adalah bersamaan dengan 1024 megabyte. Pening bukan? Takpe kita ikut susunan bentuk lazim dibawah.

1 Kb = 1024 byte


1 Mb = 1024 Kb

1 Gb = 1024 Mb

1 Gb = 1,073,741,824 byte

Berbalik kepada kiraan pihak pengeluar hard disk, mereka yang menggunakan angka asas 1000 akan membuat sebuah harddisk 500 Gb dengan saiz sebenar hard disk 500,000,000,000 byte sahaja.

Apabila hard disk itu disambung kepada komputer, komputer akan membaca kapasiti dalam Gigabyte iaitu 500,000,000,000 byte / 1,073,741,824 byte = 465 Gb.

Menarik bukan fakta ini, boleh pula pengeluar ikut kiraan saiz mereka sendiri.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *