SAPS Ibu Bapa

SAPS ibu bapa

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan sebuah sistem yang dapat diakses oleh ibubapa, pihak sekolah mahupun pihak Kementerian Pendidikan. Ia merupakan sebuah sistem data berpusat yang menghimpunkan data-data keputusan peperiksaan bagi seluruh sekolah di Malaysia.

Melalui sistem ini, antara lainnya, pemantauan dapat dilakukan oleh para ibubapa terhadap anak mereka. Kes-kes dimana ibubapa tidak dimaklumkan oleh anak-anak mengenai keputusan peperiksaan, sudah pun berakhir. Anak-anak tidak mampu lagi berdolak-dalih sekiranya disoal oleh ibubapa mengenai pencapaian akademik mereka.


Selain itu, dengan adanya data berpusat ini, membolehkan pihak sekolah dan pihak Kementerian Pendidikan melakukan analisis terhadap pencapaian keseluruhan murid mereka. Dalam dunia serba moden ini, kepantasan menjana laporan analisis amat penting untuk kerajaan merangka langkah seterusnya bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan negara.

Dengan kuasa internet yang boleh dicapai oleh semua masyarakat di Malaysia, sistem ini telah berkongsi maklumat dengan puluhan ribu ibubapa sejak dilancarkan. Ibubapa juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan asas komputer samada menerusi telefon pintar atau komputer peribadi.

Apa Itu SAPS Ibu Bapa?

SAPS Ibu Bapa merujuk kepada bahagian tertentu dalam keseluruhan sistem yang juga dapat diakses oleh guru-guru dan pihak pengurusan sekolah. Kebiasaannya diwaktu-waktu puncak mungkin terdapat sedikit isu kesesakan pada sistem. Sistem menjadi perlahan disebabkan oleh terlalu ramainya ibubapa yang cuba memasuki sistem tersebut terutamanya pada 2 atau 3 minggu selepas berakhirnya peperiksaan.

Apa Yang Terdapat Dalam SAPS?

Didalam SAPS, terdapat maklumat mengenai ujian dan peperiksaan penggal setiap pelajar sekolah rendah dan menengah.

Bagaimana Menggunakan SAPS?

Anda tidak perlu login. Hanya memerlukan anda memasukkan nombor kad pengenalan pelajar.

SAPS ibu bapa

Kemudian pilih tahun, jenis sekolah samada rendah atau menengah, tahun yang ingin dilihat dan masukkan kod pengesahan.  Akhir sekali klik [Semak] seperti didalam screenshot di atas.

Setelah anda klik [Semak], sistem akan memaparkan skrin berikut.

saps ibubapa

Berdasarkan pada nombor kad pengenalan yang dimasukkan di skrin sebelumnya, sistem akan memaparkan maklumat asas seperti nama sekolah, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas pelajar.

Seterusnya anda dikehendaki memilih “Keputusan Peperiksaan” yang manakah yang anda ingin lihat samada ujian, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun.

Setelah itu, klik [Papar Slip Keputusan] ataupun [Papar Markah Peperiksaan].


saps ibubapa

Slip Keputusan

saps ibu bapa

Markah Peperiksaan

Kesimpulan Mengenai SAPS Ibu Bapa

Kecanggihan dunia IT sememangnya banyak mengubah cara komunikasi antara pihak sekolah dan ibubapa. Dengan wujudnya SAPS Ibu Bapa membolehkan maklumat dikongsi bersama para ibubapa tanpa perlu lagi menunggu kad laporan dari pihak sekolah. Tentu anda masih ingat di zaman pengedaran kad laporan yang perlu diberikan oleh pelajar kepada ibubapa untuk mendapatkan tandatangan. Ada yang tercicir samada secara sengaja atau tidak sengaja. Kebiasaannya ramai pelajar yang beralasan kad laporan tercicir bilamana keputusan peperiksaan agak teruk. 🙂

Satu sahaja kelemahan yang ada pada sistem ini iaitu sesiapa sahaja yang tahu nombor kad pengenalan seseorang pelajar, akan dapat mengetahui keputusan peperiksaan pelajar tersebut. Rata-ratanya ramai yang tidak rela keputusan mereka diintai oleh orang lain. Saya begitu, anda bagaimana?

Please follow and like us:

1 Comment

  1. Semakan SAPS

    Dengan kewujudan sistem SAPS ini, ibu bapa kini lebih mudah membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka secara online

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *