Scam Email Dari LHDN Dan BNM

scam letter BNM

Tak sudah-sudah penyanyak cuba memancing aku. Bila la nak abis kerja kotor korang ni. Dulu cuba nak scam aku melalui email yang kononnya dihantar oleh Maybank. Yang ni pulak kononnya Lembaga Hasil Dalam Negeri nak pulangkan duit aku yang dah terlebih bayar.


Scam Email Dari LHDN

scam email lhdn

Scam Email Dari LHDN

Tak cukup dengan LHDN, masuk pula email dari BNM. Ada pula orang nak hantar duit kat aku. Tapi disebabkan ada masalah ketika wang cuba dipindahkan ke akaun aku, maka, BNM pun menghantar satu email kepada aku. Siapalah agaknya yang pemurah sangat nak bagi aku duit. Takpe, layan aje lah.

Scam Email Dari BNM

scam email BNM

Scam Email Dari BNM

Scam Surat Dari BNM

Dah alang-alang buka email tu, kita buka juga dokumen tu.

scam letter BNM

Scam Surat BNM

Nampak sangat la tipunya bilamana link yang ada didalam surat tersebut tidak menunjukkan yang ianya datang dari mail server BNM. Lihat link yang diwarnakan merah dalam imej di atas.

scam website blocked

Scam Website Diblok

Jika anda ingin melayan kerenah penyangak, anda kena lah bertindak pantas sebaik menerima email. Ini kerana selepas beberapa hari, link umpan tidak lagi meneroka laman web si penyangak. Ini mungkin kerana telah ada laporan dari pengguna tentang laman web palsu tersebut dan penyanyak telah menghalang pengguna memasuki laman web mereka (seperti imej di atas).

 


 

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *