Sekatan Terhadap Laman Web Langgar Hak Cipta

skmm logo

Perjuangan demi perjuangan yang dilakukan oleh pemilik asal sesebuah karya kini menampakkan hasil dengan pihak berkuasa kian giat mengambil langkah-langkah yang lebih drastik dengan menyekat laman web yang terbukti melanggar hak cipta sesebuah produk.

Hak cipta adalah hak mutlak yang diberikan oleh undang-undang sesebuah negara ke atas pencipta sesebuah produk. Sesetengah negara memerlukan pihak yang inginkan hak cipta terhadap produk mereka mengikuti prosidur yang telah ditetapkan seperti pendaftaran hak cipta, pembaharuan hak cipta, notis hak cipta dan salinan produk disimpan di sebuah tempat simpanan yang khusus. Di Malaysia, dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Deposit of Library Material Act 1986), 5 salinan produk mestilah di simpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Sumber : Wikipedia


Sekatan Terhadap Laman Web Langgar Hak Cipta

Sebanyak 51 laman web telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak dari bulan Januari 2017 hingga September 2017. Ikuti berita lanjut yang dipetik dari laman web malaysiakini.com.

skmm logo

SKMM Logo

______________________________________________________

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 51 laman web melibatkan pelanggaran hak cipta mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sejak Januari hingga September tahun ini.

Ketua Bahagian Advokasi dan Jangkauan SKMM Eneng Faridah Iskandar berkata sekatan itu melibatkan laman web yang memaparkan filem, drama dan rancangan televisyen.

“Ini adalah usaha berterusan SKMM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak 2011 untuk mengekang jenayah pencabulan hak cipta,” katanya kepada Bernama di Menara SKMM di Cyberjaya.

Menurutnya, bagi membolehkan sesebuah laman web disekat, pemilik hak cipta perlu mengemukakan aduan kepada KPDNKK terlebih dahulu dan kementerian akan membuat penilaian sebelum memajukan laporan itu kepada SKMM untuk tindakan selanjutnya.

SKMM kemudiannya akan mengeluarkan arahan mengikut peruntukan Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kepada Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) bagi menyekat laman web terlibat.

“Pihak ISP kemudiannya akan mengenakan sekatan laman web dalam tempoh 48 jam selepas menerima arahan daripada SKMM,” katanya.

Kandungan cetak rompak

Bagi hasil karya yang disiarkan dalam laman sosial pula, Eneng Faridah berkata pemilik hak cipta perlu mengemukakan aduan secara terus kepada pengendali platform media sosial bagi menyekat akses paparan video laman itu.

Antara jenayah pencabulan hak cipta adalah menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya milik orang lain tanpa izin, selain menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk berbeza.


Sementara itu, beliau berkata pemilik hak cipta perlu mengetahui dan memantau sendiri aktiviti yang melibatkan kandungan karya masing-masing bagi memastikan ia terus terpelihara.

Selain mengingatkan orang ramai untuk lebih sensitif terhadap budaya hak cipta dan menghormati hasil karya individu lain, beliau menasihatkan juga agar tidak mengakses laman web haram bagi mengelakkan risiko malware.

Katanya, filem atau kandungan cetak rompak yang kebanyakannya tidak ditapis akan memberi kesan negatif khususnya kepada kanak-kanak.

Sumber artikel : https://www.malaysiakini.com/news/398520

______________________________________________________

Kesimpulan

Jika gejala cetak rompak tidak dikekang, akan runtuhlah industri yang menjana pendapatan negara melalui sistem kutipan cukai. Produk cetak rompak lebih murah kerana pengeluar tidak menanggung kos produksi yang besar didalam proses pembikinan produk tersebut.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *