Side Income

sistem google adsense

Ramai yang nak buat side income bagi menambah sumber pendapatan yang ada. Siapa tak nak ye tak kalau sebulan boleh dapat seribu dua ribu ringgit. Nampak macam sikit seribu dua ribu ni tapi kesannya pada poket memang besar. Dapatla jugak isi tabung percutian ke, tabung makan-makan ke dan sebagainya. Biasa orang guna duit side income ni untuk buat belanja yang tak penting aje. Kalau ada lebih, ada la peruntukannya, kalau takde takpe.

Belanja penting yang macam mana? Yang penting tentulah bahagian duit poket yang mengalir pergi bank macam loan rumah, loan kereta. Yang mengalir pergi TNB, Telekom, SYABAS, Indah Water, Cukai Tanah, Cukai Pintu dan yang seumpamanyalah.


Pendapatan dalam kategori side income ni tak masuk dalam slip gaji jadi dah dapat lari dari cukai dah. Ha, jangan lupa bayar zakat pulak ye. Cuma bila nak yakinkan bank pasal duit dari side income ni yang agak susah sikit sebab benda memang takde rekod dimana-mana cuma mungkin duit tu boleh korang masukkan dalam akaun bank dank bagi nampak cantik sikit aliran keluar masuk akaun tu. Nanti bank akan ambilkira pendapatan korang dari situ.

Ada berbagai bentuk pendapatan sambilan ni, ada yang secara offline dan ada yang cara online. Secara offline ialah pendapatan yang korang dapat tanpa menggunakan komputer. Itu nak bagi senang fahamla kiranya. Contoh macam ambil upah potong rumput dihujung minggu. Jangan pandan enteng ye, satu rumah caj dia rm30 untuk kerja tak sampai 40 minit. Kalau 10 rumah dah berapa? Ada yang kerja jadi ejen insuran. Ada yang jual kereta bila nak raya ramai yang minat jadi part-time ejen kereta ni. Mana yang minat tengok harga saham turun-naik, pilih jadi ejen unit saham amanah. Memang banyakla pilihan.

Kalau nak mulakan perniagaan online, tengok produk tudung, ramai yang minat nak jual tudung ala-ala Neelofa. Produk kecantikan toksah cakapla, memang berlambak kat internet. Sekali buat iklan kat fesbuk memang berderet yang suruh “pm”. Ni nak citer sikit pasal budaya “pm” ni, memang aku pelik sikit perangai manusia. Padahal kat page tu ada yang dah lengkap dah pasal produk tu, tentang cara pakai, harga, cara oder, tapi masih lagi disuruhnya “pm”. Dah jadi trend pulak bila sorang “pm”, berderet yang lain pun taip “pm”, “pm”. Hehehe…

Kalau taknak simpan stok, cara bisnes online yang boleh dipertimbangkan ialah buat cara dropship. Tapi untung sikitla, cuma takde risiko kerugian. Macam saham gak, saham yang berisiko tinggi adalah saham yang memberikan pulangan yang tinggi. Saham yang berisiko rendah adalah saham yang memberikan pulangan yang sederhana tinggi, macam unit saham amanah. Dropship ni cara bisnesnya ialah korang iklankan produk dan terima tempahan. Lepas tu, korang order kat penjual dan buat bayaran. Penjual pula, kirim barang tu kepada pembeli dengan meletakkan nama penjual dan alamat penjual atas nama dan alamat korang. Jadi pembeli memang tak tahu yang korang bukan penjual yang sebenar.

sistem google adsense

Bagaimana Program Google Adsense Berfungsi

Kalau minat menulis, bolehla cuba jana side income dari program Google Adsense. Ringkasnya begini, korang perasan tak bila korang masuk laman web yang tertentu, ada bahagian-bahagian ditepi-tepi website atau blog berkaitan Google Adsense. Bila korang klik pada iklan tu, nanti tuan punya blog dapatla sikit income beberapa sen atau dollar Amerika. Tapi cara ni kena ada ramai pengunjung blog baru nampak hasilnya. Tapi jangan terperanjat ada yang mampu dapat USD10K sebulan dari program ni. Kalau dapat USD10K, nanti pihak Google sendiri akan datang rumah korang serahkan cek tau. Korang boleh baca posting aku pasal Google Adsense kat sini.


clickbank marketplace

Bagaimana Program Clickbank Berfungsi

Kelebihan menulis juga boleh digunakan untuk melibatkan diri dalam program-program affiliate. Secara ringkasnya pula ialah korang buat satu blog, lepas tu tulislah maklumat yang berguna tentang sesebuah produk, jika pembaca nak tahu lebih lanjut, diaorang akan klik pada link yang ada dalam blog korang dan diaorang dibawa ke laman web penjual. Bila diaorang beli barang tu, korang dapat komisyen. Tapi macammana penjual tu tahu kepada siapa komisyen nak dibayar? Ha, baca kat posting yang ini – Clickbank.

Satu lagi program affiliate yang popular ialah Amazon.com. Banyak produk-produk yang dijual kat sana. Memang transaksi dia berjuta dollar. Kebanyakannya produk digital seperti buku, alat letrik dan sebagainya. Korang kena daftar dulu dengan diaorang, percuma aje. Lepas tu korang akan diberi ID (identiti pengguna) dan pilih apa barang yang korang nak promote. Klik barang tu dan klik bahagian untuk generate link yang ada ID korang. Copy link ni dan masukkan dalam blog korang. Taipla sikit maklumat tentang barang tu. Kalau ada pengunjung blog korang yang berkenan nak tau pasal barang tu lebih lanjut, diorang akan klik pada link tu dan seterusnya masuk ke laman web Amazon. Bila diaorang beli, korang dapat komisen. Fungsi sama macam Clickbank jugak.

Ringkasnya, memang banyak cara nak buat side income ni, baik cara offline atau online. Ramai sekarang ni yang pilih cara perniagaan online sebab tak payah jumpa pelanggan. Tau ajela, pelanggan ni banyak kerenah, bila jumpa kang, mulalah mintak harga kasih-sayang la, harga adik-beradikla, alahai pengsan you nak melayan perangai camni. Macammana bisnes korang nak maju kalau pelanggan asik mintak diskaun sampai pengsan.

Please follow and like us:

Related Post

2 Comments

  1. Ijoi

    berapa lama untuk dapat cek clickbank

    Reply
    1. Admin (Post author)

      sekurang-kurangnya selepas dpt 5 sales. ini bertujuan untuk mengelakkan affiliate sendiri yg membuat pembelian. Bijak jugak Clickbank ye.

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *