Sync School Messaging

sync app

Terdengar saja akan tajuk posting kali ini memang ramai yang tertanya-tanya apakah itu Sync School Messaging (SSM). Bila dengar pula mengenai fungsinya seperti Whatsapp, sudah tentu ibubapa jadi muak untuk menggunakannya kerana sudah terlalu banyak grup yang disertai. Ibubapa dinasihatkan untuk download dan mula menggunakannya demi kesejahteraan pembelajaran anak mereka.


Sync amat komited untuk membantu sekolah membangunkan dan memperkasakan komuniti mereka, dengan menyediakan satu platform komunikasi yang mudah lagi berkesan. Tidak seperti aplikasi mesej lain ciri-ciri yang disediakan dalam aplikasi mudah alih Sync direka khas dan disesuaikan untuk memenuhi permintaan daripada kumpulan masyarakat yang besar dengan rangkaian struktur dan hierarki seperti sekolah dan pusat pengajian tinggi.

sync app

Penggunaan Applikasi Sync School Messaging Yang Mudah

Terlebih dahulu pihak diwajibkan untuk mendaftar dengan memasukkan maklumat Administrator sekolah. Hanya admin sahaja yang dibenarkan untuk menyelenggara maklumat dalam Sync.

sync app pendaftaran sekolah

Ciri-ciri dan Fungsi Sync

  • Penyelesaian utama bagi penyebaran maklumat oleh pihak pentadbiran sekolah melalui medium teknologi maklumat.

sync app mesej


  • Dengan hanya beberapa klik, maklumat dapat disampaikan kepada ibubapa.
  • Mempunyai anak di sekolah lain? Tidak mengapa. Anda boleh Sync dan lihat pengumuman oleh sekolah lain.

senarai sekolah dalam sync app

  • Secara tidak langsung ia menghubungkan ibubapa dengan pihak sekolah.

Sync akan menghantar isyarat popup apabila pihak sekolah menyampaikan maklumat didalam applikasi Sync.

Kelebihan Applikasi Sync School Messaging

Kemajuan teknologi ini banyak bergantung kepada bilangan ibubapa yang menggunakan telefon pintar. Sudah tentu maklumat tidak dapat disampaikan sekiranya ibubapa tidak mempunyai telefon pintar atau smartphone tidak mempunyai capaian kepada internet. Namun pada hari ini rata-rata para ibubapa mempunyai smartphone.

  • Kos cetakan surat pekeliling kepada ibubapa dapat dikurangkan secara drastik. Sasaran cetakan hanya kepada ibubapa yang tidak mempunyai smartphone atau tidak mempunyai capaian internet.
  • Tiada lagi berlaku kes terlepas-pandang yang biasa menjadi rungutan ibubapa. Apa juga bentuk cetakan kertas, mudah hilang samada semasa dalam simpanan murid ataupun ketika surat telah berada┬ádi rumah.
  • Ibubapa sentiasa terkemaskini tentang berita/pengumuman yang diberikan oleh pihak sekolah seperti majlis sukan, perjumpaan ibubapa dan guru, mesyuarat PIBG dan sebagainya.

Ringkasnya, pihak sekolah perlu menggunakan applikasi Sync School Messaging ini untuk mengurangkan kos operasi sekolah agar wang yang dijimatkan dapat digunakan untuk program-program yang lain.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *