Talian Streamyx Internet Perlahan?

tools menguji streamyx internet

Semenjak-dua menjak ni makin perlahan streamyx internet kat laptop aku ni. Belek sana, belek sini tergerak pula nak check berapakah kelajuan sebenar streamyx internet yang aku dah langgan sejak awal tahun 2015. Kalau mengikut kontrak langganan, aku melanggan streamyx dengan kelajuan bersaiz 1Mb.


Kelajuan Bersaiz 1Mb

Ini bermaksud kelajuan untuk memuat-turun sesebuah fail bersaiz 1Mb hanya mengambil masa 1 saat sahaja. Teknologi komputer semakin berkembang, bayangkan fail sebesar 1Mb hanya memerlukan 1 saat sahaja untuk dimuat-turun dari server.

Laju ke 1MB?

Sebenarnya ia cukup laju untuk aktiviti surfing tahap biasa tapi untuk tahap surfing level gaban macam aku memang tak mencukupi. Lalu aku pun mengupgrade pakej yang aku ambil kepada pakej streamyx internet 2Mb.

Aku bertanya kepada Telekom jika aku tak dapat kelajuan 2Mb/s, apakah aku dapat downgrade kembali kepada pakej streamyx internet 1Mb yang asal. Telekom berjanji bahawa setiap pengguna dibenarkan downgrade setelah membuat aduan rasmi dan setelah terbukti aduan tersebut adalah benar, barulah mereka menukarkan pakej langganan kepada yang asal.

Lagi seminggu dapatlah aku kelajuan internet 2Mb/s tapi sebelum tu aku nak check betul ke pakej streamyx internet yang aku guna ni mencapai kelajuan 1Mb.

Jom check…


Aku pilih 2 tools untuk buat ujian. Jika kedua-duanya memberikan keputusan yang hampir sama, maka, bolehlah disahkan Telekom berkata benar. Kalau tak….siap kau!!!

Tools Pertama : URL – http://www.geeksquad.com/do-it-yourself/tools/test-your-broadband-speed.aspx

tools menguji streamyx internet

Kelajuan direkod : 0.99Mbps

tools menguji streamyx internet

Tools Kedua : URL – http://speedtest.comcast.net/

tools menguji streamyx internet

Kelajuan direkod : 0.94Mbps

Terdapat perbezaan di antara kedua-dua tools. Yang pertama merekod 0.99Mbps manakala yang kedua merekod 0.94Mbps. Memandangkan pebezaannya hanyalah 0.05, aku dengan rela hati mengatakan yang Telekom berkata benar berkenaan pakej Streamyx Internet yang aku langgan. Fuh…lega.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *