Tawaran USD103 Billion Oleh Broadcom Kepada Qualcomm

broadcom office

Pernahkah anda mendengar mengenai 2 buah syarikat gergasi ini – Broadcom Limited dan Qualcomm? Berita terkini ialah salah sebuah syarikat tersebut ingin mengambil-alih pesaing terbesar mereka.

Broadcom Limited sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura dan juga di San Jose, California, USA. Syarikat ini menghasilkan produk dalam bidang teknologi semikonduktor yang merangkumi 4 pasaran utama iaitu :

  • prasarana berwayar
  • komunikasi tanpa wayar
  • storan berskala enterprise
  • industri dan lain-lain

broadcom product


Manakala Qualcomm sebuah syarikat multi-nasional yang berpangkalan di San Diego, California, USA dan membariskan produk-produk semi-konduktor dan peralatan komunikasi sebagai produk keluarannya. Keuntungan syarikat ini kebanyakannya dari hasil pembuatan chip dan urusniaga perlesenan patent. Pelanggan Qualcomm terdiri dari Apple Inc. (pelanggan terbesar), DirectTV, Samsung Electronics dan Amazon.com.

qualcomm snapdragon

Berita terkini yang menggemparkan dunia ialah tawaran yang dikemukakan oleh Broadcom Ltd untuk mengambil-alih pesaing utamanya dalam pembuatan chip, Qualcomm Inc. pada harga tawaran $103 billion. Pada harga tawaran setinggi itu menjadikan ianya sebuah tawaran yang memecah rekod dunia dalam teknologi industri.

Pihak Qualcomm Inc. masih lagi mengkaji tawaran yang dikemukakan oleh pihak Broadcom Ltd. Diberitakan, tawaran tersebut dibawah nilai sebenar. Sekiranya ini menjadi kenyataan, Broadcom berjaya mengukuhkan cengkamannya dalam sektor pengeluaran semikonduktor yang semakin hari semakin tinggi permintaannya terutamanya dalam industri pembuatan telefon pintar.

Sumber : Los Angelas Times    Imej : Reuters

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *