Tips Melajukan Handphone Dengan Mudah

export contact

Tak semua yang tahu walaupun ramai yang tahu. Bila dah tahu, tu dia punyala senang nak buat sendiri. Ni dok hantar kat kedai dan silap-silap haribulan tak pasal-pasal kena caj untuk kerja yang boleh dilakukan oleh budak sekolah.

Ini pengalaman aku la yang dok junjung handphone jenama Samsung Grand Duos tapi bila nak call orang, handphone jadi slow semacam je. Naik hangin aku. Nak campak masuk longkang belum sampai kategori cukup kaya lagi.

Aku pun beranikan diri buat factory reset. Factory reset ni menjadikan handphone cergas kembali sepertimana baru keluar dari kilang. Semua data dan apps akan dihapuskan! Toksah bimbang la sebab korang kena la backup dulu (save dulu) dalam kad memori. Kalau takde kad memori silalah beli dulu.

Tips Melajukan Handphone Dengan Mudah

Beberapa langkah yang perlu diikuti, senang aje bro.

Langkah 1 : Pergi ke phone contact

senarai phone contact

Langkah 2 : Dapatkan menu phone contact. Pilih Import/Export

menu phone contact


Langkah 3 : Klik OK pada skrin “Confirm Export”

export contact

Langkah 4 : Pergi ke notification skrin untuk mengikuti tahap proses export yang sedang berlangsung. Tunggu sehingga proses export tamat.

tahap proses export

Langkah 5 : Pergi ke skrin setting dan pilih “backup and reset”

memilih factory reset

Langkah 6 : Menu “Backup and reset” akan dipaparkan. Sila pilih “Factory data reset”

menu backup and restore

Langkah 7 : Memandangkan proses ini amat berisiko akan kehilangan data, satu window amaran akan dipaparkan. Jika korang yakin, tekan aje “reset device”.

amaran factory reset

Langkah 8 : Masukkan balik phone contact dengan memilih proses “Import”. Ia adalah satu proses yang hampir sama seperti export.

Langkah 9 : Install balik semua apps yang telah tiada. Senang bukan?

Tips melajukan handphone dengan mudah sememangnya mudah. Tak tau tanya, tak bertanya nanti sesat jalan.

Please follow and like us:

1 Comment

  1. Pingback: Cara Meningkatkan Prestasi Telefon Yang Hanya Membuang Masa Anda | Rentas Hidup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *