TM Streamyx Disekat Telekom Malaysia

akaun streamyx diblok

Baru nak mula kerja dah terbantut dibuatnya. Tengahari ini ingat nak masuk ke blog untuk buat sedikit coretan pengalaman tapi ehmmm…dah kena blok pula dengan TM sebab bil TM Streamyx ada tunggakan. Biasanya setiap 2 bulan baru bayar bil. Tapi kali ini sedikit pelik sebab due date 2nd bil belum sampai lagi tapi dah kena sekat pula.


Talian TM Streamyx Disekat Telekom Malaysia

Itu yang aku fahamla sewaktu mula melanggan khidmat TM Streamyx dulu. Katanya bila 2nd bil due baru line kena sekat. Kerr…aku salah faham. Ehmmm…ntahla.

akaun streamyx disekat

Kompilasi Laman Web di Skrin Pertama Browser

Bila aku cuba melayari sebuah laman Web ni, tiba-tiba keluar laman Web TM yang memberitahu aku untuk semak akaun. Mula-mula ingatkan phishing scam tapi maklumat URL nampak macam betul. Nak call TM Streamyx hotline pun dah takde capaian internet macammana nak cari nombor telefon hotline TM di internet. Takpe…aku cuba layan.

 

Mengikut arahan yang diberikan sepertimana dibawah, aku diberikan pilihan untuk menyemak akaun. Terus aku klik pada link yang terdapat di situ.

akaun streamyx disekat

Capaian Internet Disekat Telekom Malaysia

Memang confirm la yang akaun ada tunggakan sebulan. Tapi yang macam aku cakapkan tadi la, belum sampai masa dah blok? Tak kisahla tu…benda dah berlaku cuma yang aku perasan TM blok semua website tapi ada website dia untuk membolehkan korang buat bayaran disediakan. Bijak kan TM?

akaun streamyx diblok

Pilihan Cara Membayar Bil Streamyx

So, aku pun buatla bayaran yang sepatutnya dengan melakukan klik pada butang PAY NOW. Skrin untuk melakukan bayaran secara online pun dibuka dan korang boleh pilih samada nak bayar melalui kad kredit atau online banking.

Pakej Streamyx 4Mbps Masih Relevan

Selepas bayar tunggakan untuk pakej streamyx 4Mbps, aku fikir boleh terus masuk internet. Rupanya tidak. Kena tunggu dalam masa 4 jam untuk diaorang buka sekatan tu. Ni pun satu yang aku pelik di zaman IT serba-serbi canggih ni, untuk uplift bar sepatutnya tidak memerlukan masa yang lama.

Bercakap tentang pengalaman aku lah…pernah aku bekerja dalam bidang telekomunikasi mobile, kalau pelanggan buat bayaran, sekejap sahaja sistem akan lengkapkan satu pusingan dari sistem customer servis ke sistem biling kemudian ke sistem switching dan akhir sekali balik semula ke sistem customer service. Semua tu akan berlaku secara automatik dan itu cerita tahun 2000 lah. Ini kan dah 2018, so kecekapan sistem sepatutnya jauh lebih baik. Dalam sistem mobile, sekatan akan dilakukan di Switch. Di switch ini la yang mempunyai konfigurasi samada telefon bimbit boleh melakukan panggilan keluar, perantauan antarabangsa dan sebagainya. Itu cerita pasal telefon bimbit dan rasanya proses yang lebih kurang sama juga untuk sekatan yang melibatkan produk-produk telekomunikasi.

1 jam telah pun berlalu sejak bayaran dibuatĀ pada jam 12:25pm.


2 jam telah berlalu….

Kita tengok je la berapa lama masa sebenar yang diambil oleh sistem TM untuk melakukan proses uplift bar.

Fuh…legaaa…lebih kurang jam 2:43pm sekatan internet aku telah dibuka sejak dari mula masa bayaran.


Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *