U Mobile Unlimited Data

umobile prepaid plan umi36

Sepertimana penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain, U Mobile juga sentiasa mengorak langkah mengambil inisiatif dalam pengeluaran produk-produk baru agar mampu bersaing dengan syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi yang lain seperti Maxis, Digi, Celcom. Mereka ini merupakan antara syarikat terawal dalam perniagaan penyediaan sistem telekomuniksi di Malaysia. Sebut sahaja Celcom, Maxis, Digi, tentu semua orang kenal. U Mobile masih dikira muda dalam persaingan ini.


Pelan U Mobile Unlimited Data yang diperkenalkan boleh dikatakan agak kompetitif dengan produk-produk yang setara dengannya di pasaran telekomunikasi. Secara ringkas, imej berikut adalah perbandingan produk dengan produk-produk penyedia telekomunikasi yang lain untuk kategori kos pra-bayar RM36 sebulan.


perbandingan umobile prepaid plan UMI 36

Manakala bagi pilihan lain, produk pra-bayar U Mobile Unlimited Data serendah RM26 sebulan boleh dirumuskan perbandingannya dengan pesaingnya seperti imej dibawah.

perbandingan umobile prepaid plan UMI 26Ramai yang mungkin terkeliru kerana menjangkakan U Mobile Data Internet Tanpa Had bermaksud kelajuan data internet adalah tanpa had. Ini merupakan satu kesilapan kerana apa yang dimaksudkan oleh U Mobile ialah data internet bagi UMI 36 adalah tanpa had akan tetapi hanya 15Gb yang pertama sahaja dalam bentuk data berkelajuan tinggi. Selebihnya adalah berkelajuan rendah.

Manakala bagi UMI 26 pula, 5Gb yang pertama dapat diakses dalam data berkelajuan tinggi, selebihnya dalam mod berkelajuan rendah.

Kesimpulan Produk U Mobile Unlimited Data

Kekurangan U Mobile yang amat ketara adalah dari segi liputan rangkaiannya. Sekiranya anda tinggal di kawasan bandar, tidaklah terasa akan kesannya. Di kawasan luar bandar mungkin ada liputan U Mobile tetapi berkemungkinan bukan dari teknologi rangkaian 4G LTE. Capaian ke rangkaian masih ada cuma dalam mod berkelajuan rendah.

Sumber : Dipetik dari laman web U Mobile.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *