Wang Tidak Dituntut

janm wang tidak dituntut

Selari dengan perkembangan dunia IT yang semakin dekat dengan masyarakat sudah tentulah langkah pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengorak langkah membangunkan sebuah laman web yang membolehkan pemilik wang tidak dituntut melakukan proses carian secara atas talian. Difahamkan sistem tersebut dijangka beroperasi pada tahun hadapan.

Sebenarnya sistem tersebut memang telah patut ada di Malaysia agar setiap urusan pengeluaran atau tuntutan menjadi lebih mudah. Teknologi sistem maklumat harus dipergunakan didalam sebarang urusan bagi melicinkan operasi. Nombor pengenalan diri seperti nombor kad pengenalan atau paspot dapat menghubungkan maklumat wang tidak dituntut dengan si pemiliknya. Logiknya, dengan hanya satu kemasukan pengenalan diri dan menekan kekunci [Enter] sudah dapat memaparkan ke semua keberangkalian wang tidak dituntut seseorang.


Laporan yang dipetik dari harian metro online mengatakan situasi kesesakan di kaunter Pejabat Pendaftar JANM di tingkat 12 Menara Maybank di ibu kota Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini amat ketara rentetan dari satu berita yang tular di media sosial berkenaan seorang wanita menyemak jumlah wang tidak dituntut dan mendapati dirinya mempunyai baki wang tidak dituntut sebanyak RM14,000. Wow! Ini satu berita baik buat semua yang selama ini hanya memejamkan mata tidak ambil pusing berkenaan sejumlah kecil wang yang masih berbaki di akaun-akaun bank.

janm wang tidak dituntutDari Mana Datangnya Wang Tidak Dituntut?

Terdapat beberapa punca lain berkaitan dari mana datangnya wang tidak dituntut tetapi 2 punca dibawah adalah yang paling popular.

  • Paling ketara ialah wang yang masih berbaki di akaun-akaun bank yang telah lama tidak digunakan. Selepas 7 tahun, wang ini akan diklassifikasikan sebagai wang tidak dituntut. Kebiasaannya terjadi bilamana seseorang itu bertukar majikan dan majikan yang baru memasukkan wang gaji ke dalam akaun bank yang lain.
  • Ada juga yang terhasil dari draf bank, cek dividen yang telah tamat tempoh sah lakunya. Sepatutnya dalam masa tempoh laku, si penerima seharusnya menunaikan bank draf tersebut.

Permohonan Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Perkara paling asas ialah pihak Pendaftar WTD mesti memastikan bahawa pemohon adalah pihak empunya yang sah. Setelah disahkan, Pendaftar WTD akan membuat bayaran kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan. Tidak perlu bimbang akan tarikh akhir tuntutan kerana tiada tempoh masa yang dihadkan untuk membuat tuntutan WTD.

Sila muat-turun Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD di sini.

Penting Untuk Anda Ketahui

Tiada sebarang caj dikenakan ke atas permohonan bayaran WTD.

Kementerian Kewangan atau Pendaftar Wang Tak Dituntut tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau agen untuk urusan tuntutan bayaran balik Wang Tak Dituntut.

Sepertimana yang dilaporkan didalam akhbar Berita Harian, sehingga 30 Jun lalu, sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah.

Semakan wang tidak dituntut dan sebarang tuntutan boleh dibuat dimana-mana kaunter WTD. Rujuk laman web Jabatan Akauntan Negara.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memulakan langkahan pertama dalam urusan wang tidak dituntut.

 


 

 

 

Please follow and like us:

1 Comment

  1. Pingback: Wang Tidak Dituntut – Rentas Hidup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *