Whatsapp Kini Boleh Menarik Balik Mesej Yang Telah Dihantar

whatsapp terkini 2.17.395

Ehmm… memang bagus opsyen yang ini. Kalau sebelum ini asyik tersalah “rumah” aje, kini dah masuk rumah orang dah boleh gostan dan masuk ke rumah yang betul.

Whatsapp Boleh Menarik Balik Mesej Yang Telah Dihantar

Whatsapp Mestilah Versi Terkini

Syaratnya mudah saja. Kedua-dua telefon mesti menggunakan versi Whatsapp yang paling terbaru. Kata omputih…yang latest giteww. Versi terbaru yang latest (hahaha…) ialah 2.17.395. Macam mana nak cek versi Whatsapp anda?


whatsapp main menu

Bagaimana Menyemak Versi Whatsapp Di Telefon Anda

Pergi ke Settings => Help => App Info. Akan terpapar skrin yang menunjukkan peringkat versi Whatsapp yang anda sedang gunakan.

whatsapp terkini 2.17.395

Whatsapp Versi Terkini 2.17.395

Selepas itu pergi ke Playstore dan taipkan “Whatsapp” dan tekan Search (alaa…yang gambar kanta tu). Dah muncul Whatsapp dalam senarai carian, pilih yang paling atas dalam senarai tu (biasanya yang pertama dalam senarai hasil carian). Tekan button update. Ok dah siap pasang versi yang latest dan terbaru. Hehehe…


 

Mari Kita Cuba…

Apa lagi cubala hantar mesej kat bini tapi bunyi mesej macam hantar kat gefren. Dalam 7 minit masih boleh delete, jangan takut. Cuba je… paling teruk pun balik kang siap la ko.

Hapus Mesej Dalam Masa 7 Minit

whatsapp hapus mesej dalam 7 min

Hapus Mesej Dalam Masa 7 Minit

Pada imej di atas, satu mesej cuba dihapuskan dalam masa 7 minit selepas ianya dihantar. Apabila button Delete di tekan (yang gambar tong sampah tu), Whatsapp memaparkan window yang mengandungi opsyen :

  • Delete for me – hanya hapus Whatsapp di pihak anda sahaja
  • Cancel – membatalkan urusan dan kembali ke mesej Whatsapp
  • Delete For Everyone – hapus mesej Whatsapp di pihak anda dan juga di pihak penerima.

Hapus Mesej Selepas 7 Minit

Hapus Mesej Selepas 7 Minit

Hapus Mesej Selepas 7 Minit

Imej di atas pula memaparkan mesej pengesahan untuk menghapuskan mesej yang telah dihantar. Dalam ujian di atas, mesej dihantar pada pukul 11am dan cuba dihapuskan pada jam 11:09am, maka, sistem hanya memaparkan mesej pengesahan yang biasa diterima oleh pengguna Whatsapp pada ketika ini.

Kesimpulan

Fungsi terbaru ini memang baik untuk menjamin mesej yang dihantar menuju tepat ke penerima yang sepatutnya. Banyak mesej-mesej sensitif yang kadang-kala menuju ke destinasi yang salah. Namun begitu, sekiranya pihak penerima masih lagi menggunakan versi Whatsapp yang terdahulu, fungsi ini tidak membawa apa-apa makna.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *