Whatsapp Menggunakan Data Encryption

whatsapp homepage

Whatsapp Messenger merupakan sebuah applikasi komunikasi berbagai platform samada telefon pintar tersebut menggunakan sistem pengoperasian iPhone, Blackberry, Android, Windows Phone atau Nokia. Bila kita membicarakan applikasi berbagai platform, ini bermakna applikasi tersebut telah dibangunkan untuk membolehkan pengguna berinteraksi sesama mereka.

Tidak perlu lagi membayar kos SMS. Aku sendiri pun dah lama tidak menggunakan khidmat SMS kerana kosnya agak tinggi jika ingin menghantar teks yang panjang. Maksima 160 huruf per SMS jika menggunakan SMS. Jika menggunakan 161 huruf, maka sistem SMS menghantar 2 blok SMS (2 x caj SMS). Caj per blok dalam gandaan 160 huruf. Walau bagaimanapun apabila 2 blok SMS memasuki kotak SMS si penerima, ianya akan digabungkan menjadi 1 SMS.

DenganĀ Whatsapp Messenger anda boleh buat beberapa grup khusus berdasarkan keperluan seperti grup keluarga, grup jiran dan sebagainya. Anda boleh menghantar teks, audio, imej dan video. Yang tak bestnya dipaksa masuk grup pejabat di mana bos juga ada dalam grup tersebut. Hahaha….

 

whatsapp data encryption message

Whatsapp Menggunakan Data Encryption

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan satu mesej yang keluar di smartphone aku mengatakan Whatsapp telah mengimplementasikan data encryption untuk setiap teks, video, audio dan imej yang dihantar. Hanya penghantar dan penerima sahaja yang akan menerima kandungan yang dihantar dalam bentuk asal. Dikatakan pihak ketiga mahupun Whatsapp sendiri tidak mengetahui apakah kandungan mesej yang dihantar oleh si penerima. Ini merupakan satu berita baik buat semua pengguna Whatsapp.

Opsyen data encryption ini secara automatik digunakan oleh Whatsapp, tidak ada sebarang setting yang perlu anda lakukan. Anda cuma perlu download versi terbaharu Whatsapp. Mengikut rekod aku, versi terkini adalah 2.12.556. Aku takde pilihan, bila keluar aje mesej di skrin, terus aje aku download tanpa banyak cerita. Saiz fail dalam 23Mb tapi kelajuan streamyx aku 2Mb tidak mendatangkan sebarang masalah untuk download fail sebesar itu. Oh…ya…untuk memastikan data encryption berfungsi, kedua-dua penghantar dan penerim mesti menggunakan version yang sama.

Lihat white paper mengenai data encryption Whatsapp => https://www.whatsapp.com/security/WhatsApp-Security-Whitepaper.pdf

Please follow and like us:

Related Post

1 Comment

  1. Pingback: Whatsapp Versi Terbaru | Rentas Hidup

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *