Whatsapp Scam – Satu Penipuan Boleh Tukar Warna

whatsapp scam multicolor

Pulak dah Whatsapp boleh tukar-tukar warna. Baru-baru ni tular pula kes Whatsapp boleh diubahsuai warnanya. Mesej yang diterima begini …

You can now activate the new multicolor Whatsapp! Click here to activate! http://go2l.ink/1eoq

Jangan click link tersebut kerana ia merupakan satu penipuan untuk melantik anda sebagai ejen untuk menyebarkan link kepada 13 orang kenalan anda atau lebih teruk lagi ke 5 Whatsapp group yang anda menjadi ahlinya. Tak pasal-pasal nanti ramai kenalan yang terjebak.

Jika anda klik pada link tersebut, anda akan dibawa ke laman Web untuk mengumpan pengguna seperti dibawah.

whatsapp scam multicolor

Skrin Mengumpan Pengguna

Sekiranya anda klik pada button ACTIVATE NOW, anda akan dibawa ke page yang meminta anda menjemput kenalan-kenalan anda sebelum anda dapat menggunakan fungsi multi-colour yang heboh diperkatakan itu.

whatsapp scam - jemput kenalan

Skrin Untuk Menjemput Kenalan

Whatsapp Scam – Satu Penipuan Boleh Tukar Warna

Selepas menjemput ke semua kenalan sepertimana yang diminta, serentak dengan itu juga Adware apps pun akan melekap di smartphone anda. Adware merupakan satu bentuk program komputer di komputer atau smartphone yang bertindak memaparkan iklan-iklan yang tertentu. Anda akan dinasihatkan pula pergi ke Whatsapp Web kerana fungsi tersebut hanya untuk Whatsapp Web sahaja. Dalam kes ini takde pula sebarang Adware yang terpasang di smartphone aku. Lega.


whatsapp scam - whatsapp web

Skrin Meminta Pengguna Menggunakan Whatsapp Web

Hehehe…diaorang ingat aku ni Portugis? Takpe aku faham 20 bahasa dunia ni. Ini maksudnya…

whatsapp scam - umpan guna web

Terjemahan Mesej Berbahasa Portugis

Aku terus mencuba melayan kerenah mesej tu. Masuk Chrome dan install BlackWhats extension. Aku cuba guna beberapa ketika dan tiada apa-apa aktiviti negatif yang dapat dikesan. Kemungkinan pencipta program telah menarik balik serangan Adware setelah mendapat banyak maklumbalas negatif pengguna terhadap fungsi multi-colour yang digembar-gemburkan ini.

Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *