Whatsapp Tanpa Internet

saya benci scammers

Sebelum mengulas mengenai kes terbaru yang muncul dikalangan pengguna applikasi mesej terbesar Whatsapp Messenger sebaik-baiknya kita memahami mengenai Whatsapp itu sendiri.

Whatsapp Messenger ialah satu applikasi yang membolehkan pengguna bertukar-tukar mesej, imej, audio dan video di telefon pintar mereka tanpa mengira jenis platform telefon samada ianya platform Android, IOS mahupun Windows Phone. Melalui penggunaan Whatsapp, kos Short-Messaging-System (SMS) dapat dihapuskan sama sekali kerana Whatsapp Messenger menggunakan saluran internet sebagai medium penghantaran mesej. Pada ketika ini hanya sedikit sahaja penggunaan SMS kerana kebanyakan pengguna telah mula melanggan pakej data internet yang semakin hari semakin murah yuran langganannya. Bahkan, jika anda menggunakan talian internet yang berkelajuan tinggi, Whatsapp mempunyai kemudahan untuk kita berinteraksi dengan seseorang menggunakan opsyen panggilan suara. Kualiti komunikasi suara agak sedikit rendah berbanding kaedah panggilan biasa kerana ia menggunakan konsep Voice-Over-IP. Saya tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai VOIP di posting ini.


whatsapp homepage

Whatsapp Homepage

Melalui Whatsapp Messenger, anda boleh buat grup seperti contoh, grup keluarga, grup kejiranan, grup sekolah dan sebagainya. Ianya sama konsep seperti grup email atau grup facebook (closed group) atau forum. Bezanya Whatsapp menggunakan nombor telefon sebagai id pengguna. Pada awal kemunculannya, tahun pertama adalah percuma dan USD1 pada tahun berikutnya, tetapi kini Whatsapp adalah PERCUMA.

Jika anda telah memahami tentang konsep asas Whatsapp yang di atas, tentu anda terkejut menerima mesej yang berbunyi “Whatsapp Tanpa Internet“. Maksud saya anda terima mesej “Whatsapp Without Internet”. Mesej tersebut dalam bahasa Inggeris cuma saya menulis dalam bahasa Malaysia.

Saya menyebut banyak kali di permulaan posting ini berkaitan “internet”, jadi mana mungkin Whatsapp boleh berfungsi tanpa internet. Whatsapp Tanpa Internet ibarat sebuah kereta yang lengkap binaannya tapi tiada bahan bakar. Kereta tak mampu bergerak sama sekali. Adakah mesej Whatsapp Without Internet bermaksud kita boleh membaca mesej-mesej yang masuk tanpa kemudahan internet? Ini memang boleh sebab setiap mesej, imej, audio atau video akan masuk tersimpan di telefon pengguna bilamana terdapat talian internet yang berhubung dengan telefon pintar pengguna.

saya benci scammers

Kes yang terbaru mungkin anda ada menerima mesej sebegini “Hey, Now we can use WhatsApp without INTERNET. Click here to activate.”

Jika anda klik pada mesej tersebut, anda akan dibawa ke sebuah laman Web yang suspicious iaitu http://WhatsWithoutInternet.cf. Anda akan diminta memasukkan nombor whatsapp anda. Selepas itu anda akan dapat melihat applikasi sedang berhubung dengan server Whatsapp.

Selepas beberapa langkah yang anda ikuti, sistem penipuan ini akan meminta anda menjemput 10 orang kawan Whatsapp dan 5 grup untuk membuktikan anda adalah pengguna Whatsapp yang sebenar. Nampak sangat penipuannya di sini, bukankah Whatsapp sebelum ini telah melakukan verifikasi ke atas nombor telefon anda?

Pada peringkat ini, hentikan saja proses yang anda lakukan kerana tindakan sistem penipuan Whatsapp tersebut tidak lain hanyalah bertujuan untuk mengumpul senarai nombor telefon yang boleh dijual kepada pihak lain untuk tujuan promosi produk dan sebagainya. Di sesetengah laman web contohnya mudah.com, nombor telefon tidak dipaparkan. Anda perlu klik pada link nombor telefon barulah nombor telefon penjual dipaparkan. Ini menyukarkan pihak-pihak yang ingin mengumpul nombor telefon mendapatkan nombor tersebut menggunakan software yang tertentu.

Kesimpulannya, Whatsapp Messenger adalah sebuah applikasi berlandaskan internet dan Whatsapp Tanpa Internet tidak memungkinkan ianya dapat berfungsi tanpa talian internet.

 

 

 


Please follow and like us:

Related Post

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *