Whatsapp Versi Baru 2.17.190

whatsapp versi baru bold italic

Dalam sibuk melayan mesej-mesej yang masuk dalam smartphone aku, terperasan pulak yang smartphone aku ni dah menggunakan Whatsapp versi baru 2.17.190. Fungsi yang dimaksudkan ialah kemampuan Whatsapp memformat teks berbentuk bold dan italic. Sebenarnya fungsi ini telah wujud dalam versi terdahulu cuma kini dipermudahkan lagi melalui pilihan di menu.

Cuba lihat pada gambar di bawah.

whatsapp versi baru bold italic

Bagi mereka yang menetapkan setting Whatsapp untuk auto-downloan versi baru, memang tak akan perasan fungsi ini telah ada dalam smartphone mereka. Macam kes aku ni, aku taip macam biasa dan kemudian aku highlight kan ayat tertentu untuk tujuan copy paste, bila mana aku nak tekan menu copy, terperasan ada 2 lagi menu baru BOLD dan ITALIC. Fuh…dasat, dah senang takyah nak ingat lagi kod apa nak guna. Aku cuma ingat satu je … iaitu asterisk (*) untuk buat bold. Yang ini memang aku ingat sangat sebab selalu guna bold dalam mesej Whatsapp.


Gambar memang jelas la, cara-cara menggunakan fungsi ini. Hanya perlu highlight kan ayat dan pilih aje format yang dikehendaki di menu.

Ringkasnya, dari versi ke versi yang baru memang ada saja ciri-ciri baru untuk memudahkan pengguna. Whatsapp versi baru ini berjaya meringkaskan apa yang berserabut di fikiran pengguna. Cuma satu aje yang aku mintak kat Whatsapp Inc. untuk mengeluarkan versi yang boleh menghantar mesej mengikut masa yang tertentu. Maksud aku, kita tulis mesej tetapi inginkan Whatsapp menghantar mesej pada tarikh dan masa yang kita setkan.

Please follow and like us:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *